Pemikiran Linguistik Ferdinand De Saussure

Ferdinand Mongin de Saussure atau dengan panggilan nama yang terkenal Ferdinand de Saussure merupakan salah seorang tokoh linguistik yang terkenal berbangsa Swiss. Hasil-hasil kajian beliau masih digunakan sehingga kini. Beliau juga dikenali sebagai “Bapa Linguistik Moden” kerana beliau merupakan pengasas kepada linguistik moden. Beliau telah dilahirkan di Geneva pada 26 November 1857 dan menghembuskan nafas terakhir pada 22 Februari 1913.

Melalui pemikiran linguistik, beliau telah membuat kajian dalam linguistik, antaranya ialah linguistik perbandingan, linguistik deskriptif struktur dan lingustik secara sinkronik serta diakronik. Beliau mempunyai dua pengaruh besar dalam linguistik moden. Pengaruh beliau yang pertama adalah dari segi penulisannya yang telah dikarang oleh beliau di antara 1878-1924 dalam bentuk memoir. Belaiu telah membicarakan darihal sistem vokal primitif dalam bahasa proto Indo-Eropah. Kedua pula ialah beliau telah membezakan di antara langue dan parole.

Teori yang telah dinyatakan dalam pernyataannya bahawa langue ialah forme, non substance iaitu langue merupakan keseluruhan yang terkumpul dalam sesuatu bahasa iaini suatu sistem yang abstrak yang dipakai sebagai rujukan bagi setiap penutur dalam sesuatu masyarakat bahasa. Parole pula adalah tingkahlaku pertuturan yang sebenarnya  yang ditinjau dari sudut penutur-penuturnya, iaitu suatu bentuk bahasa yang sudah dikawal oleh seseorang. Ia merupakan tmgkah­laku sosial perseorangan yang wujud pada sesuatu masa dan tem­pat yang tertentu.

Parole boleh merangkumi data yang diperolehi dengan tujuan segera, tujuan sebenar ahli bahasa ialah langue tiap-tiap komuniti, leksikon, tatabahasa dan fonologi yang tersemadi di dalam sanubari tiap-tiap individu melalui pendidikannya dalam masyarakat dan atas asas inilah penutur itu bertutur dan memahami bahasanya.

Beliau membesar-besarkan sedikit kebenaran suprapersona langue melebihi individu, terutama sekali kerana beliau menyedari perubahan-perubahan dalam langue bermula daripada perubahan yang dibuat oleh individu dalam parolenya. Beliau juga mengumumkan bahawa langue tidak tertakluk kepada kuasa mengubah pada seseorang.

Selain itu, beliau bukan menunjukkan langue sebagai satu jumlah entiti yang mampu berdiri sendiri (yang dibandingkannya dengan tanaman semata-mata).  Beliau telah mengistilahkan definisi linguistik secara relatif antara satu sama lain dan bukannya secara mutlak.

Seterusnya beliau mencontohkan metaforanya yang amat terkenal tentang buah catur dan kereta api yang masing-masing dikenal pasti dan diketahui kedudukannya dalam sistem keseluruhan , iaitu sistem permainan itu atau sistem rangkaian kereta api, dan bukannya daripada kandungan yang sebenar.

Beliau juga berpendapat bahawa bahasa memiliki bahan dan bentuk. Bunyi yang dituturkan merupakan bunyi garis-garis lakar yang dikatakan sebagai bahan grafik dan lain-lain bagi sesuatu bahasa itu. Bentuk pula merupakan pola-pola perhubungan yang abstrak (ditentukan oleh bahasa ke atas bahannya).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: